Mengubah persepsi wanita terhadap senaman bebanan (weight lifting training)
Entri kali ni Mike nak cerita sikit tentang senaman bebanan adakah ia akan mempengaruhi saiz otot menjadi besar dan maskulin jika ia dilakukan oleh golongan wanita. Adakah dengan melakukan senaman bebanan badan korang akan jadi macam Mr Malaysia tu. Saya juga akan berkongsi cara senaman bebanan yang baik dan sesuai dilakukan oleh mereka yang baru - baru ingin mencuba, tanpa perlu korang risau menjadi sado!
FIT IS THE NEW SEXY!!! Wahh!! memang best ayat ni tapi memang betul pon. Kelihatan FIT ni memang akan membuat kan diri anda kelihatan sihat, cergas, mantap, tahap keyakinan diri untuk berdepan dengan orang meningkat, nak pakai baju apa pun senang kan? Dah la senang nak shoping baju pastu nampak cantik pula tu kalau dipakai.. Adoi!! Memang best kan, tapi nak jadi macam ni kena lah usaha sket gang, benda cantik bukan senang nak dapat! betul tak? Cukuplah model - model kat luar tu jer yang kurus sampai ke tulang, yela sbb nak memperagakan baju - baju kan.. Dah memang kerja diorang, so biarlah diorang jer
yang nampak kurus macam papan plywood aka tengkorak hidup. Tengok dengan mata kasar pun memang nampak macam orang tak cukup zat dan confirm lah tenaga pon tak banyak sebab duk diet tak makan nasi dan makan makanan yang ntah pape ntah, macam mana nak buat kerja dan buat aktiviti - aktiviti lain sepanjang hari.
Besar ke saya nanti kalau buat senaman bebanan ni?
Pastinya TIDAK!!!. Melakukan senaman bebanan tidak akan membuat kan korang menjadi badang bergincu malah melakukan senaman bebanan adalah salah satu cara paling baik dan cepat untuk membakar lemak. Senaman bebanan seperti ini dapat memudahkan kita menumpukan bahagian mana yang ingin kita
bentukkan. Senaman macam ni juga dapat mengelakkan kulit di bawah lengan yang mengeleber tu lebih tegang begitu juga dibahagian bahagian lain.
Betul ke angkat besi tak besar nanti?
Ya memang betul, secara semula jadi wanita tidak menghasilkan bilangan testosteron (salah satu hormon utama yang bertanggungjawab untuk meningkatkan saiz otot) yang sama banyak dengan bilangan testosteron yang dihasilkan oleh lelaki. Adalah mustahil bagi seorang wanita untuk meningkatkan jumlah jisim otot dengan hanya mengangkat dumbell atau beban yang tidak seberapa. Malangnya ramai wanita kat luar tu dah terpedaya dengan atlit bina badan perempuan yang sado tu. Jangan risau girls, atlit bina badan tu semua mengunakan anabolik steroid (testosteron sintetik) bersama ubat-ubatan lain untuk mencapai tahap maskulariti yang luar biasa. Selain itu atlit bina badan ini mendedikasikan hidup mereka berjam - jam dan berhari - hari di Gym mengangkat bebanan yang berat dan sangat berat diluar dari kemampuan sebenar mereka.
RESPECT!!Percayalah, tanpa usaha mereka tidak akan kelihatan seperti itu secara tidak sengaja.
Nanti kalau dah tak workout habis lah otot jadi lemak dan kelihatan lembik?
Memang benar kita akan kehilangan otot sekiranya ia tidak aktif tapi bukan otot tu yang bertukar menjadi lemak. Apa yang sering terjadi, kebanyakan wanita yang tidak lagi meneruskan program latihan bebanan ini akan menyebabkan badan mereka akan kehilangan otot. Otot datang dan pergi dengan mudah itulah sebabnya mengapa otot ini umpama emas bagi sesetengah lelaki! Gym lah tempat mereka mengilapnya dari membiarkan ia betukar menjadi tembaga!
Berbalik kepada persoalan adakah ia akan menjadi lemak? Pastinya jawapannya adalah tidak tepat. Otot dan lemak adalah dua jenis tisu yang berbeza sama sekali, jadi mana mungkin otot betukar jadi lemak (begitu juga sebaliknya lemak tidak akan bertukar menjadi otot)! Jadi kesimpulannya bila dah tak workout, tabiat makan pula sudah kembali kepada asal maka lemak - lemak kembali terhasil hasil dari kalori yang tidak dibakar.
Tiada jalan pintas untuk memiliki tubuh badan menarik tetapi memilikinya merupakan sesuatu yang pasti berbaloi!!! #oGyeah!!!
Jadi kepada yang nak mencuba jangan lah risau, korang boleh lah mencuba rutin yang saya sediakan untuk korang dan kepada yang sedang menjalani body transformation tu just keep up the good work. You know you can do it!!!
RUTIN SENAMAN BEBANAN UNTUK WANITA - oleh stevelikemike
ulasannya bermanfaat
ReplyDeleteHome Gym 2 Sisi , Treadmill Elektrik , Alat Fitnes Lari
Mane lg post? Nak lg.
ReplyDelete