Monday, 19 May 2014

LANGKAH PERTAMA MEMILIKI BADAN IDAMAN

Sejauh mana keinginan kita untuk menurunkan berat badan atau memiliki bentuk badan yang kita impikan. Tanya pada diri dapatkan jawapan dan mula laksanakan. Tahun baru merupakan waktu yang sesuai untuk berubah. Tidak kira apa jenis konsep latihan yang ingin kita buat semuanya akan memberi manfaat pada tubuh badan kita.



Berdasarkan pengalaman saya yang sudah beberapa kali cuba untuk memiliki bentuk badan yang diidamkan dan mempunyai barisan ketulan otot di perut ‘sixpack’ semua ini merupakan sesuatu yang hampir tidak akan menjadi kenyataan kerana kaedah pengambilan makanan yang tidak sesuai, amalan cara hidup yang kurang sihat dan cara latihan/aktiviti di gym yang tidak efektif. Ini kerana kurangnya pengetahuan mengenai cara atau kaedah yang betul dan juga keinginan yang tidak cukup kuat dalam diri.


Body Transformation adalah sesuatu yang tidak mustahil dan ia adalah sesuatu yang amat menarik untuk dilakukan. Tidak kira sebesar mana pun tubuh kita semua ini boleh dilakukan dengan usaha yang berterusan tanpa berputus asa dan berhenti ditengah jalan. Jangan letakkan sasaran masa kerana ia mungkin akan melemahkan semangat kita jika kita tidak mencapai target. Sebaliknya lakukan ia dengan perancangan dan pembelajaran yang teliti kerana sepanjang kehidupan kita, itu lah masa yang kita ada untuk bersenam.

Semuanya bermula dari keinginan kita seperti selalu kita dengar ungkapan dalam bahasa inggeris nya ‘The Power Of Thought’. Tidak kira apa juga bidang yang kita ceburi samaada dalam bidang pekerjaan dan kehidupan harian faktor ini perlu diambil kira dan perlu dijadikan langkah pertama sebelum meneruskan langkah yang seterusnya. Ini kerana keinginan dan kemahuan yang positif akan memberi tenaga/kekuatan yang baik di persekitaran kita. Tanamkan keinginan ini dengan semangat yang membara dan percaya pada kebolehan diri anda. Cuba atasi dan menjangkaui kebolehan diri kita setiap hari supaya menjadi lebih baik dari semalam.

0 comments:

Post a Comment